“Penyakit Mental Yang Dialami Oleh Watak Erma Dalam I-Tanggang Boleh Dirawat, Tapi Dengan Syarat…” - Pakar
Izwan Isa
08/10/2021 12:50 MYT
08/10/2021 12:50 MYT
Sudah empat episod drama I-Tanggang ditayangkan dan rata-rata penonton seperti memahami bahawa watak Erma lakonan Sherie Merlis mempunyai penyakit mental yang jarang dilihat dalam kalangan masyarakat.
Penyakit mental ini dikenali sebagai Munchausen Syndrome by Proxy (MSBP). Ia berlaku apabila seseorang penjaga (biasanya ibu) kerap memalsukan tanda-tanda sakit anak mereka, tanpa mendapat apa-apa ganjaran.
Menurut Pakar Psikiatri & Pensyarah, Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr Lim Poh Khuen, beberapa tanda MBSP dapat dilihat pada watak Erma menerusi drama I-Tanggang, antaranya cuba menzahirkan penyakit palsu yang dicipta terhadap anak jagaannya.
“Erma memberi ubat tidur iaitu ‘vitamin’ kepada anaknya dan menyebabkan anaknya asyik tertidur dan letih. Erma juga memberitahu doktor yang anaknya tidak mampu untuk menelan dan telah meyakinkan doktor untuk memasukkan feeding tube bagi menunjukkan bahawa keadaan anaknya semakin teruk.
"Selain itu, dia turut memberitahu bekas suaminya yang anak mereka menghadapi masalah emosi. Dalam masa yang sama, Erma juga meminta anaknya duduk di kerusi roda dan kerap merakam ‘penyakit’ anaknya itu buat tatapan netizen,” katanya kepada Gempak.
BACA: “Watak Khay, Syafiq & Esra Dalam I-Tanggang Contoh Individu Yang Berhadapan Dengan Masalah Mental” - Pakar
Tambah Dr Lim, tiada kesimpulan yang jitu terhadap penyebab kepada penyakit MBSP, seperti apa yang dipaparkan dalam I-Tanggang.
“Penyebab penyakit mental ini masih tidak ada kesimpulan, namun ada kajian yang menunjukkan bahawa ia boleh berlaku akibat penganiyaan atau penderaan semasa umur kecil, kehilangan ibu bapa pada umur yang muda, atau mengalami tekanan seperti masalah perkahwinan.
“Untuk merawat MBSP, anak Erma perlu diletak di tempat yang selamat, dan diasingkan daripada Erma. Keselamatan anak adalah sangat penting. Erma perlu menjalani rawatan seperti psikoterapi, iaitu sejenis terapi untuk membantunya dari segi emosi dan fikiran,” katanya lagi.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.