Penyampai radio Hitz FM, Ryan, Arnold, Jay, RD dan Adam berpeluang untuk merasakan burger yang disediakan oleh zombie.

Burger unik ini dinamakan 'The Horror' dan boleh didapati di rangkaian burger tempatan popular, myBurgerLab.

"Burger ini sangat unik! Biarpun burger ini mempunyai rupa bentuk yang agak menakutkan, tetapi rasanya lazat dan boleh dimakan," kata Ryan mewakili penyampai lain.

Kombinasi pati ayam lazat, 'sriracha' (salad telur otak-otak) dan 'fuchok' hijau garing yang lazat membuatkan burger 'The Horror' berada dalam kelas tersendiri.

"Apa yang paling menarik, kesan darah yang diletakkan di dalam burger tersebut. Kesan darah ini diperbuat dari ubi bit merah (red beet root). Biarpun kombinasinya pelik, rasanya boleh tahan!" kata RD pula.

Bagi anda yang ingin merasakan keunikan burger ini, dapatkannya di semua cawangan myBurgerLab (Seapark, Sunway, OUG dan Cyberjaya) dengan harga RM17 (ala carte) dan RM24 (set).

Burger 'The Horror' dilancarkan myBurgerLab bersempena dengan kempen terbaru Astro, 'Same Day as The US'.

Peminat drama bersiri antarabangsa boleh menyaksikan drama eksklusif kegemaran anda pada hari yang sama ia disiarkan di Amerika Syarikat.

Drama bersiri tersebut boleh disaksikan pada bila-bila masa menerusi On Demand dan di mana sahaja menerusi Astro GO.

Berikut merupakan siri yang boleh ditonton menerusi kempen 'Same Day as The US':

The Walking Dead season 8
Arrow season 6
Gotham season 4
Scandal season 7
American Horror Story: Cult season 7
Empire season 4
DC's Legends of Tomorrow
The Exorcist
Young Sheldon

Untuk lebih informasi, layari laman Facebook Astro World of Movies di www.facebook.com/Astroworldofmovies.