Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Penyampai Radio Mohon Maaf Siar Azan Maghrib Tercepat 4 Minit, Ada Penduduk Di Tawau Berbuka Puasa Awal?

Syafiqah Jalal
04/04/2022 02:53 MYT
Seorang penyampai radio tempatan di Sabah tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana telah melakukan kesilapan teknikal dengan menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, semalam.

Bagi daerah Tawau, waktu Maghrib adalah jam 6.20 petang namun penyampai itu telah menyiarkan azan pada jam 6.16 petang, menyebabkan ada pendengar yang berbuka puasa lebih awal tanpa disengajakan.

“Saya, Mohd Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam program Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, ia menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu," katanya dalam akaun Facebook peribadinya malam semalam.

Menurut Mohd Safwan perkara itu terjadi disebabkan oleh kesilapan teknikal serta diri sendiri dan bukan melibatkan stesen radio tersebut.

“Yang baik datangnya dari Allah, dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri,” ujarnya.

Netizen dalam ruang komentar pula rata-rata memaafkan Safwan dan memintanya untuk berhati-hati di masa akan datang.

#Penyampai radio #Azan #Puasa #Buka Puasa #Awal #Azan Maghrib
;