Pelakon Zul Yahya mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan kes jenayah yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Hampir berlaku kepada dirinya sendiri, Zul mendedahkan kedai miliknya hampir dipecah masuk oleh dua orang penyamun yang memakai topi keledar selepas waktu operasi.

"Allahhuakbar... Hati-hati warga Meru Raya lpoh. Penyamun berkeliaran, semalam 2 orang selongkar belakang kedai saya...

"Muka dah dapat, tunggu nak cekau je, dapat kasi ikat dekat pokok taruh semut merah dalam seluar pastu baru kasi balai...

"Laporan polis sudah bikin tapi hati-hati sahabat niaga jangan buka peluang untuk penyamun-penyamun ni," kongsi Zul menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70)


Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didedahkan Zul melalui paparan kamera litar tertutup yang dipasang di luar pasarayanya.

Sementara itu, perkongsian Zul mendapat reaksi ramai dan mengandaikan penyamun-penyamun terbabit dalam pengaruh dadah.

Pelakon filem Gerak Khas the Movie itu membuka pasarayanya sendiri Zul Yahya Mart yang beroperasi di Ipoh, Perak sejak beberapa bulan lalu.