Penyanyi Baharu Alfie Zumi Dakwa Dipukul Geng Motosikal, Rupa-Rupanya Hanya Gimik! - "Tak Sangka Meletup, Saya Minta Maaf"
Amri Hassan
20/01/2022 00:25 MYT
20/01/2022 00:25 MYT
Penyanyi baharu, Alfie Zumi tampil membuat permohonan maaf selepas laporan mengenai dirinya dipukul sekumpulan geng motosikal berkonvoi tular sejak semalam.
Jelas Alfie, 28, dia tidak menyangka perkongsian di Instagram Stories untuk tujuan penggambaran muzik video pada asalnya meledak dan menjadi perhatian ramai.
"Pertamanya saya nak minta maaf kepada semua, sebenarnya ini hanya gimik untuk muzik video terbaharu saya. Tak sangka ia meletup.
"Jadi, sebelum saya sakiti hati lebih ramai orang, saya patut berhenti di sini dan saya memohon maaf atas kesalahan saya," ujarnya menerusi siaran di Instagram Stories.
Jelas Alfie lagi, gimik terbabit telah dijayakan oleh kenalannya dan geng motosikal itu juga terdiri daripada sahabatnya sendiri.
Bagaimanapun, perancangan untuk melakukan gimik sempena muzik videonya melangkaui jangkaan hingga mencetuskan rasa kurang senang sesetengah pihak terutama komuniti bikers.
"Saya seorang artis independent dan menggunakan duit saya sendiri untuk berkarya.
"Saya harap anda memahaminya dan sekali lagi saya mengaku ia salah saya. Suka untuk saya maklumkan, geng motosikal itu merupakan kawan-kawan saya. Mereka baik dan sangat menyokong.
"Jadi, sebab kenapa saya perlu mengaku sebelum muzik video saya dilancarkan kerana saya tak mahu kalian menilai mereka sebagai bad guys.
"Kami ada berbincang mengenai gimik teaser ini tapi rasanya ia menjadi keterlaluan melampaui apa yang kami rancang. Jadi saya juga memohon maaf kepada komuniti bikers.
"Saya juga berjanji ia tidak akan berulang," tambahnya.
Terdahulu, Alfie berkongsi keadaan anggota badannya yang seolah-olah mengalami kecederaan dipercayai dipukul ketika dalam perjalanan pulang selepas mendapatkan suntikan dos penggalak di sekitar ibu kota.
"Tadi ada gang bikers ni tengah konvoi, aku nak cepat jadi aku tekan hon dan dorang ketepi sikit then aku potong.
"Kemudian tak tahu kenapa dorang potong aku balik dan block aku, lepas tu seorang dari gang tu datang dan grab aku keluar kereta terus pukul aku ramai-ramai dan dorang gerak.
"Nasib baik aku pasang dashcam kereta aku. Sumpah aku nak cari balik gang ni. Minta korang sebarkan video dashcam itu jadi aku boleh dapat info mengenai mereka.
"Don't worry, aku okay tak ada patah apa-apa. Cuma luka lebam kat tangan dan kepala," kongsinya.