Hiburan
Penyanyi Baru Wanita Goda, Panggil Che Ta Sayang?
Dek kerana tidak tahan dan jijik dengan tindakan penyanyi baru Della Delon memanggilnya sayang, Rozita Che Wan bertindak memuat naik entri melepaskan geram di Instagramnya.
Menerusi kapsyen yang ditulis Che Ta, jelas menggambarkan isteri kepada pelakon Zain Saidin itu tidak suka dirinya diganggu Della.
Katanya lagi, dia terpaksa memuatnaik foto Della kerana kedegilan artis wanita tersebut yang ‘tidak makan sama’ walaupun sudah dinasihat beberapa kali.
Perkongsian tersebut telah menerima lebih 10 ribu likes dan 1,400 komen.
Rata-rata pengikut Instagram mengecam tindakan Della kerana tidak sopan mengganggu Che Ta, memanggilnya dengan gelaran sayang dan mengeji cubaan penyanyi baru itu menggoda kaum sejenisnya.
Della sebelum ini pernah dikecam kerana vokal kepitnya menerusi lagu nyanyiannya, Persia.
Must-Watch Video