Hiburan
Penyanyi Dahlan Zainuddin Meninggal Dunia
Penghibur era 1970-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, telah menghembuskan nafas terakhirnya malam ini selepas tidak sedarkan diri kerana diserang angin ahmar.
Memetik laporan Utusan Online, pemilik nama sebenar Dahlan Zainuddin itu meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 9.48 malam.
Berita ini disahkan oleh isterinya, Datin Effa Rizan.
Penyanyi itu meninggalkan seorang isteri dan tiga orang cahaya mata.
Menurut isterinya, jenazah akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor.
Dahlan merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan.
Sumber: Utusan Online
Must-Watch Video