Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penyanyi Dakwa Kahwin Dengan Hantu, Elvis Presley, Marylin Monroe Pun Datang!

Maliah Surip
13/12/2022 15:45 MYT
Seorang penyanyi wanita dari Britain, Brocarde membuat pengakuan tidak masuk akal apabila mengumumkan dirinya telah berkahwin dengan hantu bernama Edwardo.

‘Suaminya’ Edwardo, didakwa datang dari golongan bangsawan Victoria. Mereka pertama kali bertemu sewaktu Edwardo tiba tiba mucul di dalam biliknya dan mula menjalin hubungan cinta sejak itu.

Namun, selepas berkahwin dia kecewa kerana bulan madu mereka rosak apabila Edwardo didakwa minum terlalu banyak di salah satu lokasi di Wales dan membuat dirinya perlu menanggung bil yang banyak, lapor Daily Star.

“Kami tiba di destinasi bulan madu dan di sebuah hotel dia telah memesan sebanyak 12 botol minuman keras.

“Namun dia tak mempunyai kad untuk membuat pembayaran dan ia perlu ditanggung oleh saya,” kata Brocarde.

Selain itu dia mengaku cemburu apabila ‘suaminya’ terpegun melihat kehadiran ‘Marylin Monroe’ yang datang meraikan resepsi mereka sebelum ini.

“Edwardo sangat teruja apabila melihat salah seorang tetamu yang hadir meraikan majlis kami adalah sang legenda Marylin Monroe.

“Dia tidak dapat menahan diri dari mahu mengatakan Monroe terlalu seksi dan itu telah merosakkan majlis kami juga!”dakwanya.

Tidak hanya dihadiri Monroe, wanita itu mendakwa perkahwinan yang dihadiri oleh manusia biasa itu turut menerima tetamu dalam kalangan roh yang pernah menjadi figura penting semasa hayat mereka.

Mereka termasuklah Elvis Presley dan King Henry VIII.

#Kahwin #Penyanyi #Hantu #Elvis Presley #Marylin Monroe