Penyanyi Dakwa ‘Kekasih’ Hantu Tak Suka Pakai Seksi

Syafiqah Jalal
September 26, 2022 14:27 MYT
Seorang penyanyi wanita di Britain yang akui bakal berkahwin dengan hantu mendedahkan bahawa ‘teman lelakinya’ tidak suka apabila dia berpakaian seksi.

Lapor akhbar Daily Star, Brocarde menyedari bahawa pakaian-pakaian seksi miliknya telah hilang dari almari.

Malah mendakwa ‘kekasihnya’ cemburu serta melarangnya daripada berpakaian seksi menyedari bahawa pakaian-pakaian seksi miliknya telah hilang dari almari.

Brocarde, 38, dari Oxfordshire merancang majlis perkahwinan bertemakan Halloween dengan hantu askar dari zaman Victoria bernama Edwardo.

“Ia (hantu) meninggal dunia pada zaman Victoria di mana kaum wanita berkelakuan berbeza. Ini menjelaskan mengapa pakaian seksi saya hilang.

“Wanita tidak begitu berdikari pada zamannya, jadi ‘teman lelaki’ saya mempunyai perspektif berbeza mengenai keluar malam bersama rakan. Saya rasa ia cukup cemburu,” kata Brocarde.

Wanita itu sebelum ini mengejutkan penonton rancangan This Morning ITV apabila mengumumkan perkahwinannya.

#Penyanyi #Hantu #Kekasih #Seksi #Pakai #Suka