Penyanyi Dirasuk Ketika Buat Persembahan, Lihat Wajah Penonton Berubah
Maliah Surip
03/10/2023 14:55 MYT
03/10/2023 14:55 MYT
Seorang penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Happy Asmara berkongsi pengalaman ngeri sewaktu membuat persembahan baru-baru ini.
Penyanyi berusia 24 tahun tersebut mengaku dirinya telah dirasuk saat membuat persembahan di sebuah acara di Pasuruan, Jawa Timur.
Menceritakan kronologi di Insta Storynya yang sudah dipadam, Happy Asmara mendakwa sudah berasa kurang selesa sejak dalam perjalanan ke tempat persembahan.
“Mahu cerita sikit mengenai pengalaman nyanyi di Pintu Langit. Malam ini kejadiannya sangat aneh tapi melucukan juga,” tulis Happy Asmara pada perkongsiannya.
Menurut Happy Asmara, dirinya juga rasa tidak enak badan saat menyanyikan sekitar tiga lagu sebelum seluruh lampu panggung tiba-tiba terpadam.
“Pada awalnya janakuasa meledak, lampu mati dan di kepala seperti ada yang berat.
“Lama kelamaan terasa penontonnya berubah wujud. Saya lihat wajah-wajah penonton sudah bertukar menjadi makhluk aneh,” dakwa Happy Asmara seperti dilaporkan Suara.com.
Tidak berakhir di situ, penyanyi tersebut juga dikatakan terus memarahi pengawal peribadi dan tidak boleh mengawal dirinya sendiri.
Dia kemudian dibawa pulang dan menerima rawatan daripada seorang ustaz.