Penyanyi Ditahan Kerana Simpan Anak Beruang Matahari? Alamak Siapa Tu?

Hanafis Haris
Jun 8, 2019 02:05 MYT
Semalam seorang wanita ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Menurut laporan Astro Awani, wanita berusia 27 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 8 malam selepas pihak Perhilitan membuat pemeriksaan di rumahnya selepas menerima maklumat awam.
Namun apa yang lebih mengejutkan, wanita terbabit dikatakan seorang penyanyi rock yang lahir dari rancangan realiti.
Anda boleh lihat tweet di bawah:

Penyanyi rock wanita menerima padah apabila ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) selepas didapati memelihara dan menyimpan seekor beruang matahari secara haram di dalam kondominiumnya, di Kuala Lumpur. pic.twitter.com/4PIAffD4yj

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) June 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita itu bagi membantu siasatan kes itu.
“Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu,” katanya.
Beliau berkata wanita itu disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Video berdurasi lima saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman wanita itu tular di laman sosial hari ini.