HOLLYWOOD
Penyanyi Ditemui Berlumuran Darah & Hilang Gigi, Hampir Maut
Penyanyi Tamar Braxton berkongsi pengalaman ngeri hampir kehilangan nyawa apabila berlumuran darah dalam sebuah tragedi pada hujung minggu lalu.
Adik Toni Braxton itu bagaimanapun selamat selepas ditemui oleh temannya dan mendapatkan rawatan.
Menerusi perkongsian di laman sosialnya, Braxton mengatakan dia mengalami insiden yang membuatnya mengalami retak hidung, kehilangan beberapa batang gigi dan wajah dipenuhi darah.
“Saya masih sukar menulis ini tapi oleh kerana ramai yang menghubungi, saya catatkan pengalaman insiden itu di sini. Saya masih lemah dan hampir tidak boleh bercakap.
“Saya hampir mati pada Ahad lalu. Saya ditemui rakan dengan berlumuran darah akibat kecederaa pada bahagian muka.
“Saya mengalami retak tulang hidung, hilang beberapa batang gigi, hilang keseimbangan dan berlumuran darah.
“Sejujurnya saya tidak tahu apa yang telah berlaku kepada saya,” katanya seperti dilaporkan People.
Tamar bagaimanapun tidak memperinci butiran kejadian yang telah berlaku kepadanya.
Beberapa jam sebelum membuat pengumuman tersebut, penyanyi Let Me Know itu menuliskan dirinya bersyukur kerana masih boleh bangun pagi dan berpeluang hidup lagi pada usia 48 tahun.