Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Penyanyi Fareez Fauzi, Anak Fauzi Nawawi Bernikah Di Usia 23 Tahun

Syafiqah Jalal 20/12/2020 | 10:45 MYT
Anak pelakon Fauzi Nawawi yang juga penyanyi, Fareez Fauzi, 23, selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nurwathiqah Abdul Wahab pada Ahad (hari ini).
Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di kediaman pengantin perempuan di Sri Menanti, Seremban, Negeri Sembilan secara tertutup.
Berita itu disahkan sendiri oleh ibu tirinya, Lisdawati dalam satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.
“Syukur alhamdulillah, dengan izin dan takdir Allah, hari ni 20.12.20 tarikh pernikahan
anak kedua kami @iamfareezfauzi dan pasangan @tyqawahab.
“Acara tertutup antara keluarga berlangsung di Sri Menanti, Seremban, Negeri Sembilan.
“Mama dan babah doakan semoga ikatan yang terbina kekal hingga ke Jannah,” katanya.
Menerusi entri tersebut, Lisdawati memuat naik foto bersama suami dan pasangan mempelai di majlis tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada mereka.
Fareez atau nama sebenarnya, Muhammad Fareez Hazwan itu merupakan penyanyi kelahiran sebuah rancangan realiti stesen televisyen. Dia juga baru muncul sebagai pelakon dalam drama Kifarah Buta di Astro Citra.

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

#Kahwin #Anak #Fauzi Nawawi #Fareez Fauzi #Lisdawati
;