HIBURAN

Penyanyi Fiersa Besari Selamat, Rakan Maut Daki Puncak Carstensz Pyramid

Maliah Surip 02/03/2025 | 09:55 MYT
Pemuzik, penyanyi dan penulis Indonesia, Fiersa Besari dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas ada rakan dalam rombongan pendakian ke Puncak Carstensz Pyramid di Kabupaten Mimika, Papua Tengah, meninggal dunia.
Berita tersebut disahkan oleh wakil pihak berkuasa tempatan, Kapolres Mimika AKBP Billyandha Hildiario Budiman.
“Fiersa Besari berada dalam keadaan selamat. Dia sudah berada di hotel tetapi belum ada maklumat selanjutkan bila semua pendaki yang selamat akan pulang ke daerah masing-masing,” ujar AKBP Billyandha Hildiario Budiman kepada Detik.com.
Pengumuman itu dibuat selepas berita dua daripada 10 pendaki Carstenz Pyramid meninggal dunia. Seramai tujuh warga negara Indonesia dan tiga orang warga asing Mereka mendaki ditemani lima orang pemandu arah.
Menurut laporan Detik.com, dua anggota rombongan iaitu Elsa Laksono dan Lilie Wijayati meninggal dunia kerana terkena gejala Acute Mountain Sickness (AMS) dari Puncak Cartenz Tembagapura. Mereka dilaporkan mengalami AMS saat turun daripada puncak gunung tersebut.

BERITA TRENDING: Fiersa Besari Rai 14 Tahun Berkarya Dengan Konsert 'Berjalan Mundur' Di KL! - "Saya Yakin Semua Yang Hadir Akan ..."

BERITA TRENDING: Peringati HUT RI ke-75, Fiersa Besari Ajak Pengikut Setia Merdeka Dari Hal Buruk

Sebelumnya, pelantun Celengan Rindu itu sempat mengirim emoji patah hati dalam Instagram Story sebagai tanda berdukacita dengan insiden yang melanda anggota kumpulan pendakian mereka.
Fiersa yang mengumumkan bercuti dari dunia seni pada tahun ini terkenal sebagai seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung. Malah tiga hari lalu penyanyi itu sempat berkongsi mengenai pendakiannya di Sulawesi Tengah yang disifatkan sebagai Jalur Sunyi dan mahu dipertontonkan dalam YouTube miliknya.
#Meninggal Dunia #Indonesia #Cuaca #Fiersa Besari #Suhu #gunung #Ekstrim #Carstensz Pyramid