Laman Utama
Penyanyi Hamilkan 4 Wanita Termasuk Peminat, Paksa Gugurkan Anak
Seorang penyanyi muda dari China, Cai Xukun sedang menjadi perbincangan hangat di negaranya selepas didakwa menghamili empat orang wanita.
Pada awalnya, seorang wanita yang dikenali dengan identiti C mendedahkan telah menjadi mangsa sikap keji Xukun.
Xukun, 24, telah berasmara dengannya selepas bertemu di sebuah KTV di Beijing pada 2021. Dia kemudian hamil, lapor media tempatan termasuk kziboom.com.
Namun C mendakwa Xukun tidak mahu bertanggungjawab dan bersama ibunya memaksa dia menggugurkan anak yang dikandung. Dia malah mempunyai bukti perbualan yang berlaku di antara mereka.
Setelah pendedahan itu dilakukan, media 163 kemudian melaporkan sumber mendakwa Xukun juga terbabit dengan skandal seks lain dan telah menghamilkan tiga wanita pada masa lalu.
Media tersebut mendakwa Xukun pernah tidur dengan seorang wanita daripada industri fesyen pada tahun 2019 dan ia hamil.
Dia kemudian menjalin hubungan dengan peminat yang juga merupakan seorang influencer sehingga wanita tersebut juga hamil.
Tidak hanya itu, Xukun juga didakwa mempunyai hubungan dengan anak seorang jutawan. Gadis dibawah umur itu juga hamil.
Sehingga artikel ini ditulis, pihak Xukun belum memberi respons terhadap pemberitaan yang telah tersebar.
Xukun mula terkenal selepas menyertai pertandingan Idol Producer pada tahun 2017.
Must-Watch Video