Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penyanyi I Believe I Can Fly Dipenjara 10 Tahun Kerana Jenayah Seksual

Maliah Surip
29/06/2022 14:55 MYT
Penyanyi R Kelly akhirnya dijatuhi hukuman penjara sekurangnya sedekad atau 10 tahun selepas didapati bersalah melakukan jenayah seks.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas 9 bulan pelantun lagu I Believe I Can Fly itu didapati bersalah kerana jenayah seksual yang dilakukan bukan sahaja terhadap wanita tetapi remaja lelaki.

Menurut laporan BBC, penyanyi berusia 55 tahun tersebut akan menjalani hukuman penjara mininum 10 tahun, manakala pihak pendakwaraya mengatakan dia sepatutnya berada di tirai besi penjara untuk tempoh lebih lama iaitu 25 tahun.

Mengikut rekod, R. Kelly dijatuhi dengan sembilan pertuduhan antaranya penderaan seksual daripada pelbagai mangsa.

Bagaimanapun sebaik hukuman sedekad diputuskan, pihak peguam R. Kelly melakukan rayuan dengan menunjukkan bukti baharu.

Mereka menampilkan lakaran grafik mengenai kehidupan masa lampau R. Kelly yang juga berhadapan dengan trauma teruk kerana berdepan penderaan seksual. Bukti tersebut diberikan kepada mahkamah dalam usaha mereka meringankan hukuman penjara lelaki tersebut.

Sebelumnya, R. Kelly telah lama terheret kontroversi apabila mengahwini penyanyi Aaliyah pada usianya 15 tahun dan menyebabkannya hamil sebagai remaja bawah umur. Penyanyi wanita itu bagaimanapun meninggal dunia pada tahun 2001 dalam sebuah kecelakaan.

Kredit Foto: Getty Images

#Hollywood #R Kelly #Seksual #Jenayah Seksual #I Believe I Can Fly