Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Penyanyi Kacak Brunei, Rizal Rasid Cuba Nasib Di Malaysia

Kamaruddin Razal 20/04/2020 | 08:15 MYT
Tidak ramai yang menyangka sebuah lagu baru dapat dipilih menjadi runut bunyi slot drama popular stesen televisyen.
Namun itulah yang terjadi kepada Rizal Rasid, penyanyi baru berasal dari Brunei yang kini menetap di Malaysia.
Mempunyai minat terhadap nyanyian sejak kecil, Rizal yang kini berumur 25 tahun telah berjaya merakamkan sebuah lagunya sendiri yang berjudul Cukup.
Cukup adalah ciptaan penyanyi daripada Brunei iaitu Isyraf Yusri dan menurut Rizal, single ini amat bermakna baginya kerana ia ada kena mengena dengan kehidupan peribadi Rizal sendiri.
Single yang dirakam di Brunei ini mengisahkan perjalanan cinta yang terjalin bertahun lamanya namun berakhir kala ditinggalkan kekasihnya yang telah hilang perasaan cinta terhadapnya.
“Single ini amat memberikan kesan kepada kehidupan saya kerana ia adalah kejadian yang menimpa saya pada masa lalu”, ujar Rizal.
Rizal juga menambah bahawa beliau amat bersyukur kerana single ini diterima di Malaysia bahkan sudah menjadi runut bunyi untuk drama di slot Samarinda TV3 iaitu Rindu Yang Terindah.
Video muzik rasmi Cukup juga telah mendapat lebih 435,000 tontonan sejak dilancarkan pada 1 Februari 2020 yang lepas.
Single Cukup ini merupakan nyanyian dan terbitan Rizal Rasid manakala edarannya dilakukan oleh Warner Music Malaysia.
Cukup boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 2 Februari yang lalu.
#Brunei #Brunei #Penyanyi Baru #Rizal Rasid
;