Penyanyi Kelahiran Malaysia Meninggal Dunia Di Taiwan

Azwa Rahman
Ogos 18, 2022 09:41 MYT

Penyanyi pop kelahiran Malaysia, Eison Chai, ditemui mati pada pagi Rabu selepas dilaporkan terjatuh dari bangunan stesen MRT Luzhou, New Taipei.

Menurut laporan portal Focus Taiwan, polis New Taipei menerusi satu kenyataan berkata, penghibur berusia 40 tahun itu terjatuh kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.
Eison kemudian ditemui mati di tempat kejadian berhampiran Pintu 3 stesen MRT tersebut.
Bagaimanapun, tiada maklumat lain yang dikongsi setakat ini.
Mendiang yang berkahwin dengan pelakon Taiwan, Hitomi Wu, mula mendaki tangga populariti selepas memenangi pertandingan nyanyian Taiwan, Super Idol musim kedua.
Sumber: Astro Awani

#Eison Chai #Meninggal di Taiwan #Penyanyi kelahiran Malaysia meninggal