Hiburan

Penyanyi Kelantan & 5 Rakyat Malaysia Dibawa Ke Mahkamah Thailand, Netizen Simpati Dengan Nasib Keluarga

gempak
Asyraf Roslan
04/11/2024
06:58 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Kelantan & 5 Rakyat Malaysia Dibawa Ke Mahkamah Thailand, Netizen Simpati Dengan Nasib Keluarga
Penyanyi dikir barat moden Kelantan bersama lima lagi rakyat Malaysia yang ditangkap di sebuah hotel di Sungai Golok kerana memiliki 6,000 pil kuda telah dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, pada Isnin.
Kesemua mereka telah meninggalkan Balai Polis Golok pada jam 10.30 pagi (waktu Thailand) dengan menaiki trak polis.
Difahamkan lebih kurang 50 ahli keluarga dan rakan-rakan yang menunggu di balai polis berkenaan sejak jam 9 pagi.
Kesemua suspek akan dihantar ke mahkamah di Narathiwat yang terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari Sungai Golok.
Menerusi ruangan komen video yang dikemas kini oleh Bernama, rata-rata memberi kata-kata semangat buat suspek dan juga keluarga.
“Semoga dipermudahkan segala urusan semua.
“Kesian family dia..cemane pon tetap support..urmm nie lah salah satu bukti family tak akan pernah tiggalkan kita time susah sekali pon.
“Semangat Daa ? Insyaallah bebas.
“Kesian tengok. Semoga dipermudahkan segala urusan semua,” kata netizen.
Pada masa sama, ada juga yang tertanya-tanya apakah hukuman yang akan dikenakan kepada suspek yang terlibat jika didapati bersalah.
“Masak lah..... apa lah hukuman kat sana hek.
“Lokap Thailand keras weii.
“Jawabnya duduk penjara sanalah...sana memang susah nak lepas bab dadah... Allahuakbar,” kata netizen.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang penyanyi wanita yang berasal dari Kelantan ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan pil kuda dalam satu serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi Jumaat lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024