gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mewah & Klasik! Majlis Kahwin Adik Ipar Erissa Puteri Jadi Perhatian – “Ingatkan Wedding Orang Luar Negara..."
HIBURAN
Ditegur Membazir Buang Kek RM2,000, Madammu Beri Penjelasan - “Ini Memang Dibuat Untuk Display, Tak Boleh Makan”
BERITA
Bayi 3 Bulan Maut Akibat Tertindih Lengan Bapa Meninggal Dunia Kena Serangan Jantung
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BOLLYWOOD

Penyanyi Lagu Filem Devdas, Shreya Goshal Adakan Konsert Di Malaysia Bulan Depan!

gempak
Amri Hassan
07/01/2020
07:39 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Lagu Filem Devdas, Shreya Goshal Adakan Konsert Di Malaysia Bulan Depan!
Walaupun cuma di belakang tabir, suaranya sering menghiasi filem-filem Bollywood popular seperti Devdas dan Bajirao Mastani.
Figura yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan, Shreya Goshal!
Bagi peminat lagu-lagu Bollywood, anda tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk mendengar sendiri nyanyian Shreya secara langsung menerusi konsert Shreya Goshal Live in Concert di Plenary Hall, KLCC pada 23 Februari depan.
Shreya turut berkongsi rasa teruja untuk menjejakkan kaki bertemu peminatnya pertama kali di Malaysia tidak lama lagi.
"Saya sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur bulan hadapan dan menyanyikan lagu-lagu kegemaran ramai," katanya menerusi sesi Skype bersama Gempak pada Selasa.
Shreya, 36, merupakan penyanyi playback di India yang popular dalam pelbagai bahasa dan dialek termasuk Hindi, Tamil dan Benggali.
Sepanjang kerjaya selama 10 tahun, Shreya pernah dicalonkan sebanyak 494 kali dan memenangi lebih 150 anugerah termasuk National Film Awards dan Kerala State Film Awards.
Permulaan Shreya menerusi filem pecah panggung Devdas pada tahun 2002 dan pernah dinobatkan Penyanyi Playback Wanita Terbaik.
Penonton akan berpeluang mendengar untaian lagu daripada filem popular antaranya Chikni Chameli (Agneepath), Dola Re Dola (Devdas), Deewani Mastani (Bajirao Mastani), Teri Meri (Bodyguard) dan banyak lagi!
Tiket Shreya Goshal Live in Concert berharga RM150, RM250, RM450, RM600, RM1,000 dan RM1,500 sudah mula dijual hari ini menerusi www.myticket.asia.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Bollywood
#Konsert
#Devdas
#Shreya Goshal
Must-Watch Video