Penyanyi Lagu Poco-Poco Meninggal Dunia Selepas Disahkan Positif COVID-19
Asraf Aided
10/09/2020 11:33 MYT
10/09/2020 11:33 MYT
Penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Poco-Poco, Yopie Latul dilaporkan meninggal dunia pada petang Rabu.
Memetik laporan media Indonesia, Yopie, 65, menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Medika Cibinong, Jawa Barat selepas disahkan positif wabak COVID-19.
Difahamkan, mendiang mula dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu dan tidak mengalami sebarang gejala wabak berkenaan.
Mendiang telah dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum Pondok Ranggon, Jakarta Timur hari ini.
Sekadar info, Yopie mula aktif dalam bidang hiburan pada sekitar tahun 1982.
Popularitinya lebih meluas selepas lagu Poco-Poco yang dilancarkan pada tahun 1990 mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa.
Malah, lagu itu masih popular dan digunakan dalam senaman serta tarian majlis sehingga kini.
Sumber : kompas.com