gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hafiz Mahamad Pertahan Isteri, Bidas Kritikan Terhadap Syafiqah Aina - “Letak Lah 100 Maid Pun Tak Jalan Kalau…”
HIBURAN
Penyanyi Lagu Viral ‘Pretty Little Baby’, Connie Francis Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun
HIBURAN
Kak KM Jawab Isu Anak Didakwa Terlalu Seksi - “Jangan Sibuk Hal Orang, Aku Tahu Bahagian…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Penyanyi Lagu Viral ‘Pretty Little Baby’, Connie Francis Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun

Umirah Halim
Umirah Halim
18/07/2025
00:10 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Lagu Viral ‘Pretty Little Baby’, Connie Francis Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun
Penyanyi pop terkenal era 1950-an dan 60-an, Connie Francis menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
Berita duka itu diumumkan oleh Presiden syarikat rakaman Concetta Records, Ron Roberts menerusi satu kenyataan di Facebook pada Khamis, yang turut dikongsi semula ke akaun rasmi mendiang.
“Dengan hati yang berat dan kesedihan yang mendalam, saya maklumkan bahawa sahabat saya yang tersayang, Connie Francis telah meninggal dunia malam tadi. Saya tahu Connie mahu para peminatnya menjadi antara yang pertama mengetahui berita ini,” tulis Roberts.
Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan, namun Francis sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan menjalani beberapa ujian bagi mengenal pasti punca kesakitan melampau yang dialaminya.
Roberts menambah, butiran lanjut berhubung pemergian Francis akan dikongsi dalam masa terdekat.
Dilahirkan di Newark, New Jersey, Francis dianggap antara penyanyi wanita paling laris sepanjang era 60-an dan dikenali kerana peranannya dalam membawa muzik Amerika ke peringkat global menerusi rakaman lagu dalam lebih 12 bahasa.
Antara lagu popularnya termasuk Stupid Cupid, Who’s Sorry Now, dan Pretty Little Baby, yang baru-baru ini kembali tular di TikTok, sekali gus memperkenalkan muziknya kepada generasi baharu.
Selain bergelar penyanyi, Francis turut membintangi beberapa filem seperti When the Boys Meet the Girls, Follow the Boys, Looking for Love, dan filem popular Where the Boys Are yang diadaptasi daripada lagu hitnya pada 1961.
Namun, perjalanan hidupnya tidak semudah yang disangka.
Menurut biografi beliau, pembedahan kosmetik pada tahun 1967 telah menjejaskan keupayaan vokalnya. Beliau kembali aktif menyanyi selepas mengalami keguguran pada 1974.
Namun pada tahun yang sama, Francis menjadi mangsa rogol dan samun bersenjata di sebuah hotel, menyebabkan beliau menyepi daripada dunia hiburan selama beberapa tahun. Beliau kemudiannya memenangi saman terhadap rangkaian hotel berkenaan dan menerima pampasan lebih AS$2 juta (RM9.4 juta), antara jumlah terbesar ketika itu.
Francis juga pernah berdepan masalah kesihatan mental serta mendakwa menjadi mangsa penderaan fizikal oleh bekas suami, menjadikan beliau aktif memperjuangkan hak mangsa jenayah dan penderaan.
Topic Berkaitan
#Meninggal
#Francis
#connie
#pretty little baby
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement