Hollywood menerima khabar duka apabila penyanyi legenda Tony Bennett dilaporkan meninggal dunia pada usia 96 tahun lapor media antarabangsa.

Bennett yang cukup terkenal dengan lagu I Left My Heart in San Francisco diumumkan menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat oleh pegawai publisitinya, Sylvia Weiner.

Sepanjang hayatnya, Bennett telah menjual berjuta unit album dan memenangi 20 anugerah Grammy serta sempat merilis lagu duet bersama Lady Gaga.

Beliau sebelum ini telah didiagnos dengan penyakit Alzheimer pada tahun 2016. Keluarga legenda itu kemudian berkongsi kisah Bennett dan Alzheimernya pada tahun 2021.

Telah merentasi perjuangan karier selama lapan dekad, Bennett bagaimanapun dalam salah satu temu bual mengatakan tidak pernah berasa melakukan perkerjaan sepanjang hidup kerana apa yang dilakukannya (menyanyi) adalah kecintaannya.

Berita kematiannya telah dibanjiri dengan ucapan belasungkawa oleh para pemimpin, selebriti Hollywood dan peminatnya di media sosial.