Penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah, Ibnor Riza Kehilangan Suara & Derita Pelbagai Penyakit, Rakan Mohon Bantuan
Maliah Surip
04/01/2023 03:25 MYT
04/01/2023 03:25 MYT
Penyanyi senior tanah air, Ibnor Riza dilaporkan sedang mengalami dugaan hidup apabila menderita pelbagai penyakit sehingga menyukarkan dirinya menjalani kehidupan harian.
Ibnor yang cukup terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu diketahui menderita darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, buasir serta kehilangan suara.
Menerusi perkongsian yang disampaikan dalam kiriman WhatsApp kepada rakan rakan dan media, penyanyi berusia 62 tahun tersebut juga mengalami sakit migrain yang susah dikawal serta bengkak leher yang berpunca dari sel yang mati dan membentuk cecair nanah serta memerlukan pembedahan.
“Dengan izin dari sahabatku saudara Ibnor Riza, saya ingin memaklumkan beliau sekarang sedang dalam pelbagai dugaan penyakit yang datang serentak iaitu darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, buasir yang membengkak dan kehilangan suara. Inilah yang dihadapi oleh sahabat kita Ibnor Riza,” tulis isi pesan WhatsApp tersebut.
Penyanyi lagu Berdiri Seorang Perindu itu juga dikhabar dalam proses berubat dengan pakar namun dinasihatkan tidak melakukan pembedahan kerana keadaan kesihatan yang tidak stabil.
“Doakan yang terbaik buat Ibnor Riza Ibrahim dan agar Allah permudahkan bantuan dan urusannya,” katanya.
Pengirim juga menyatakan bekas Bintang RTM ini kini mengalami kesulitan termasuk untuk keperluan kewangan perubatan dan meminta jasa baik sekiranya ada yang sudi menghulurkan sumbangan.
“Dalam keadaan yang sama, dengan pelbagai kesulitan demi melaksanakan keperluan seharian termasuk keperluan perubatan.
“Sebelum saya menutup kalam ini, bagi sahabat sahabat yang ingin menghulurkan bantuan kewangan seikhlas mungkin, bolehlah membantu agar dapat meringankan beban yang ditanggung.
“Bersama ini saya catatkan nombor akaun peribadinya - 114478024958 (IBNOR RIZA, MAYBANK),” tulis kenyataan itu lagi.