HIBURAN
Penyanyi M*ut Rentung Terbakar Dalam Rumah
Penyanyi yang terkenal pada era 90-an, Jill Sobule ditemui rentung dalam kebakaran di kediaman di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.
Sobule meninggal dunia pada usia 66 tahun, dua hari sebelum dijadualkan membuat persembahan di bandar kelahirannya di Denver, Colorado, lapor AP.
Berita kematian Sobule disampaikan oleh wakil publisiti, David Elkin, menerusi emel yang diberikan kepada media massa.
Kenyataan yang diberikan bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai kebakaran yang telah meragut nyawa penyanyi tersebut.
Nama Sobule menjadi terkenal selepas lagu I Kissed a Girl dipasarkan. Sepanjang tiga dekad dalam industri, Sobule telah melahirkan 12 buah album banyak karyanya menyentuh tema yang jarang dibincangkan secara umum seperti isu penyakit anorexia, hukuman mati dan isu LGBTQ+.
Selain menyanyi dia juga pernah muncul dalam filem klasik Clueless pada tahun 1995 dan mencipta lagu Unfabulous untuk Nickelodeon.