LAMAN UTAMA

Penyanyi Nasyid Ditahan Polis Disyaki Terlibat Kes Dadah

Izwan Isa 25/03/2022 | 02:31 MYT

Seorang penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terbabit kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.
"Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu," katanya hari ini.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani

#Dadah #Polis #Penyanyi Nasyid