HIBURAN
Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Dengan Isteri Sejak Tahun Lalu? - “Diorang Selalu Dating Kat…”
Sebelum ini pernah tular mengenai seorang penyanyi nasyid yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya namun identiti lelaki itu tidak diketahui umum.
Malah ketika itu, netizen juga tidak dapat meneka identiti penyanyi nasyid tersebut.
Terbaru, Gempak sendiri mendapat mesej daripada individu tidak dikenali mendedahkan identiti penyanyi nasyid tersebut yang dikatakan mempunyai skandal berusia 20-an.
Menerusi mesej yang diterima Gempak, penyanyi lelaki yang juga daripada ahli kumpulan nasyid terkenal itu berlaku curang sejak tahun lalu.
Wanita yang didakwa menjadi ‘penyondol’ itu dikatakan anak kepada ahli politik dan mereka kerap ‘dating’ di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
“Info ini saya dapat dari kenalan rapat perempuan yang curang dengan artis nasyid itu. Artis nasyid itu adalah dari kumpulan nasyid terkenal.
“Sebelum ni bulan April lalu dah pernah viral isu artis nasyid curang ni tapi tak ada sebarang respon daripada artis tu. Info yang orang tu bagi pada saya, hubungan artis ni dengan perempuan tu terjalin sejak pergolakan rumah tangga artis tu dengan isteri dia sejak akhir tahun lalu.
“Tapi tak ada orang tahu sebab diorang cuba tutup dengan up story yang indah-indah walaupun sebenarnya rumah tangga dah di hujung tanduk. Orang tu juga bagitahu yang perempuan ni adalah anak ahli politik dan umur dia 26 tahun.
“Dorang selalu dating dekat mall di area KL. Isteri artis ni pula baru lepas bersalin, tak tau la macam mana dia hadap benda ni,” tulis individu itu.
Difahamkan isteri kepada penyanyi nasyid itu juga sudah mengetahui tentang hubungan sulit suaminya dan membenarnya untuk mereka berkahwin.
Bagaimanapun, Gempak cuba mendapatkan respons daripada isteri kepada penyanyi nasyid itu namun belum berjaya.