Penyanyi Perempuan Bosan Pakai Baju, Ambil Gambar B*gel Tayang Di Media Sosial
Amri Hassan
20/08/2024 15:55 MYT
20/08/2024 15:55 MYT
Ada banyak cara untuk seseorang meluahkan perasaan atau apa yang dirasa. Malah ada juga yang melakukannya dalam keadaan yang pelik atau tidak bertamadun.
Itulah yang dilakukan oleh penyanyi Kesha sehingga mengejutkan pengguna media sosial.
Penyanyi berusia 37 tahun itu telah memuat naik dua keping foto dirinya dalam keadaan bogel pada hujung minggu lalu.
Salah satu foto tersebut menampilkan dirinya tanpa seurat benang sambil duduk di atas kerusi dan makan salad.
Dia kemudian memberi alasan ringkas di sebalik tindakannya berbogel dan berkongsi aksi tersebut kepada lebih 3 juta pengikut di Instagram.
“Saya sudah bosan memakai baju,” tulisnya pada kapsyen foto tersebut lapor People.
Perkongsian tersebut mendapat beragam respon dengan ada dalam kalangan netizen meminta Kesha bertemu pakar untuk memastikan dirinya sihat selain ada yang mendakwa dia memerlukan perhatian selepas lama tidak menjadi bahan pemberitaan.