Pendatang baru dalam dunia rap, Young Khalifa (YK) tampil dengan single pertama berjudul “Me Gusta (Aku Suka).

Bernaung di bawah payung Map Music, Young Khalifa (YK) atau nama sebenar beliau Muhammad Iskandar Roswira adalah seorang rapper dari Singapura.

Mula meminati rapping sejak berusia 12 tahun, Young Khalifa(YK) kemudiannya mengembangkan bakat melalui platform Bigo LIVE pada tahun 2015.

Dari situ, anak muda ini mula mendapat sambutan ramai pengguna-pengguna Bigo LIVE dengan pelbagai topik terkini yang dikongsikan termasuklah berkenaan nyanyian dan rap.



Lagu Me Gusta (Aku Suka) yang menampilkan genre reggaeton ini adalah hasil ciptaan daripada Syko G dan Jack Jafni manakala liriknya pula ditulis oleh Puyu.

Lagu ini menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin cuba memikat seorang wanita namun oleh kerana ego, lelaki tersebut tidak kisah sekiranya wanita yang diminatinya itu tidak suka terhadapnya.

Me Gusta (Aku Suka) sudah menemui pendengar pada pertengahan Disember ini di semua platform muzik digital.