Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Penyanyi Rap Dakwa Dirakam Secara Rahsia Oleh Pegawai PBT Di Pusat Urut, Bengang Bagi Alasan SOP - “Ini Aib Aku Lah Gila”

Khairil Khusyairi 05/12/2024 | 23:50 MYT
Penyanyi rap, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen mendakwa dia telah dirakam secara rahsia oleh seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika sedang menerima khidmat urutan di SS14, Subang Jaya.

Dakwa Dirakam Secara Rahsia

Menerusi pendedahan di platform X, Zamaera berkongsi detik cemas tersebut dan mendakwa pegawai terbabit memasuki premis serta merakam video dirinya yang terdedah.

Pada mulanya, Zamaera mendakwa dia ada mendengar bunyi bising di premis tersebut sebelum beberapa lelaki tampil yang mendakwa mereka sebagai pegawai penguat kuasa.

“Tiba-tiba entah dari mana, saya terdengar langsir bilik saya terbuka dan apabila saya menoleh, saya ternampak seorang lelaki berkaca mata hitam memegang kamera telefonnya dan merakam video saya. Saya terkejut.

“Tukang urut saya terus berkata ini bilik perempuan dan selepas berkata demikian apabila saya berpaling semula, lelaki itu masih merakam saya dengan telefonnya. Jadi saya segera bangun dan menjengah kepala saya dari tirai dan menjerit.

“Apabila saya melihat ke luar, saya melihat kira-kira 10 hingga 15 semua pegawai MBSJ lelaki dengan muka yang tidak bersalah, dengan sebahagian daripada mereka berpaling, jelas telah melakukan sesuatu yang salah. Saya memakai pakaian saya dan melangkah keluar dan mula merakam dan menyoal mereka tentang siapa yang merakam saya,” dakwanya.

Bengang Diberi Alasan SOP

Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut mempersoal tindakan pegawai PBT tersebut yang merakam seseorang tanpa persetujuan dan mencoroboh privasi seseorang terutama wanita.

“Sebagai pegawai MBSJ, kau masuk premis massage yang clearly ada untuk lelaki & perempuan, mesti la membuat pengumuman that you are present.
“Bahagian mana dalam menceroboh privasi pelanggan dengan merakam rakaman video semasa mereka berbogel sepenuhnya adalah beretika?

“Mana pegawai perempuan? Kalau ni betul la SOP korang, takkan takde pegawai wanita untuk handle kes yang berkaitan dengan wanita. Ini aib aku la gila, bukan main selamba korang nak “Menjalankan Tugas” with your perverted minds. Disgusting,” dedahnya lagi.

Penyanyi rap itu turut menggesa pihak berkuasa bertanggungjawab di atas salah laku yang didakwa itu.

Difahamkan, Zamaera sudah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

#Penyanyi #Urut #Pegawai #PBT #Dirakam
;