Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penyanyi Rap Didakwa Hamilkan Wanita Lain & Pukul Bekas Kekasih? - “The Ex Stayed With Him Dari Dulu, Siap Buat Foodpanda Bersama”

Asyikin Mayudin
29/07/2024 06:55 MYT
Tular paparan skrin Instastory seorang wanita yang mendakwa penyanyi rap yang dikenali menerusi lagu ‘healing’ berlaku curang terhadapnya selain mengandungkan orang lain dan enggan bertanggungjawab.


Didakwa Hamilkan Wanita Lain

Paparan skrin itu dikongsikan semula di laman sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Empat tahun menyayangi lelaki ini dari tak ada apa-apa sehingga ada ‘segalanya’. Saya sangat mencintai awak dengan sepenuh hati. Tapi sekarang tidak lagi.

“Dapat tahu yang awak berfoya-foya, main pelacur dan buat wanita lain hamil dan tak mahu bertanggungjawab. Saya sudah tak tahan. Susah senang bersama memang tak valid dah.


“Orang boleh cakap saya bodoh untuk bertahan. Tapi anda tak tahu saya seorang yang setia apabila mencintai. Berhenti nak buat mulut fasal aku hanya semata-mata nak tutup perangai sangap kau,” dakwa wanita itu:

Dalam pada itu, seorang wanita tampil mendakwa dia rakan kepada individu itu memuat naik semula perkongsian tersebut di platform X.

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Tak Sengaja Rogol Anak" - Penoreh Getah


ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Bersihkan Nama, Andika Putera Buat Presentation Guna Whiteboard Jelaskan Isu Curang - "Ini Adalah Cara Untuk..."


ARTIKEL BERKAITAN:Nonny Nadirah Nafi Diri Memberontak - “Ada Nampak Saya Murung Ke Selama Ni? Lantaklah Apa Nak Cakap, Malas Ambil Peduli”


ARTIKEL BERKAITAN:Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Isu Curang, Individu Dakwa Saixse Kerap Buat Show Di Kelab Malam


Curang Dan Pukul


Menerusi perkongsian itu, wanita terbabit mendakwa rakannya bukan sahaja dicurangi malah dipukul oleh penyanyi yang mempunyai lagu dengan personaliti Indonesia.

“Sedih tau baca kisah my friend kena curang, pukul dan sebagainya dengan penyanyi m** P** bod* ni. Baru famous sikit perangai dah macam si**.


“The ex stayed with him dari dulu lagi, siap buat Foodpanda together. Dah rasa famous sikit rasa hebat gila,” dakwa wanita tersebut.

Bagaimanapun sehingga kini penyanyi rap itu tidak memberi sebarang kenyataan dan usaha Gempak untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut juga gagal apabila mesej yang dihantar tak dibalas.

#Hamil #Penyanyi Rap #Pukul #Bekas Kekasih