Skip to main content

Viral

Penyanyi Rap Tapi Bertudung? Juki Buktikan Tiada Diskriminasi Menerusi Pacu!

juki-pacu.jpg
Pendatang baru, Juki, membuktikan penampilannya bertudung tidak menghalang untuk dia bergelar penyanyi rap.

Juki merupakan pemenang pertandingan rap Playaz Rap Challenge 2020 dan pernah muncul dalam  lagu Dua Puluh bersama  bintang-bintang  hip  hop  lain  seperti Benzooloo,  Siqma, Yonnyboii, Ical Mosh, Kmy Kmo & Luca Sickta.

Bakatnya dicungkil Def Jam Recordings Malaysia dan kini Juki tampil dengan  karya sulungnya  berjudul Pacu.

Disusun, diterbit dan digubah oleh Mingaling, lagu ini juga mendapat sentuhan lirik Amir Hasan bersamaJuki sendiri.

“Lagu ini ada bayangan saya di dalamnya. Ia mengisahkan pencapaian matlamat dan motivasi diri. Saya ingin kongsikan pendapat saya ini dengan semua yang mendengar. 

“Saya berikan segala-galanya untuk PACU. Saya harap semua akan memahami pesanan yang cuba saya luahkan dalam lagu ini. Saya mahu semua orangsedar bahawa jika mereka jatuh mereka hanya perlu bangkit semula,” jelas Juki.

Pacu telah menjalani proses rakaman  tahun  lalu mengambil  masa  sehari  untuk diselesaikan. 

“Kami mengambil masa sehari untuk menguruskan semuanya, termasuk pemilihan lirik dan cubaan untuk memasukkan irama berkaitan dan melihat hasilnya. 

“Rakaman dilakukan pada hari kedua kerana saya mempunyai sedikit kesukaran untuk menulis korus dan pre-hook lagutika itu. 

“Setelah siap dengan verse, Amir telah menyiapkan bahagian yang tinggal untuk Pacu. Akhirnya, semuanya berbaloi,” tambahnya lagi.

Lagu ini turut menampilkan sebuah muzik video hebat yang mengambil masa 12 jam untuk dirakam.

“Kami  memulakan  rakaman  pada  jam  11  pagi  dan  selesai  sekitar  jam  10  hingga11  malam pada  hari  yang  sama. 

“Saya  terpaksa  ganti  pakaian  dan  solekan  beberapa  kali pada  hari  itu, memang memenatkan. Itulah kali pertama saya lihat orang bekerja di belakang tabir. 

“Dan kini saya mengerti kerja keras di balik semua itu,” ujar Juki lagi.

Februari lalu Juki juga sempat membuat kemunculan di Mini Showcase Dolla dan mendapat sambutan meriah daripada para penonton.

 Dalam pada itu Juki berharap agar karya sulungnya ini akan dihargai oleh semua pendengar. 

“Banyak usaha di balik projek ini dan saya harap motivasi serta cinta yang saya kongsikan akan dapat dirasai oleh semua yang mendengarnya,” katanya.
 

Advertisement

Must-Watch Video