Penyanyi Sendu Bagi Betis Nak Paha
Ahmad Shah
09/11/2016 08:37 MYT
09/11/2016 08:37 MYT
Miss K terdengar kisah seorang penyanyi genit ini dari kawan Miss K yang bernama Cik Temah.
Nak cakap penyanyi terkenal, tak juga sebab sudah tujuh tahun dalam industri hiburan, namanya masih belum terkenal. Boleh kira suam-suam kuku, atau bahasa mudahnya, sendu.
Ceritanya, penyanyi itu mahu menghadiri sebuah acara di pinggir kota. Sebelum hadir, pihak penganjur yang merupakan kawan kepada Cik Temah sudah pun menghubungi penyanyi itu dan bertanyakan mengenai RSVP.
Ya lah kan, semua acara, tak kira kecil atau besar memerlukan RSVP agar senang pihak penganjur mengaturkan tempat duduk untuk tetamu.
Bukan apa, takut kejadian berebut tempat duduk atau tak cukup makanan terjadi. Akhirnya, penyanyi itu pun mengesahkan dua tempat untuk ke acara tersebut. Kata penyanyi itu, dia mahu datang ke acara tersebut ditemani pengurusnya.
Tiba hari kejadian, lain pula jadinya. Penyanyi itu muncul bersama pengurusnya dan juga beberapa orang tetamu lain. Aik, tempoh hari kata dua tempat, tiba-tiba muncul lebih ramai pula orang, apa sudah jadi?
Si penyanyi tu pun mendekati kawan Cik Temah itu. Dia buat muka tebal dan tak malu meminta tempat duduk ekstra kerana membawa dua orang tetamu yang lain.
Kata penyanyi tersebut, tetamu yang datang itu merupakan saudaranya yang datang jauh dari luar Semenanjung Malaysia dan teringin untuk pergi ke acara tersebut.
Kawan Cik Temah tu geram menahan marah. Nasib baiklah dia berhati mulia dan cuba juga mencarikan tempat untuk saudara penyanyi tersebut.
Alamak, tak kisahlah datang dari mana pun, dari kampung ke, dari hutan ke, dari bandar ke, dari luar negara ke, tapi janganlah buat macam tu. Tak baik tau! Macam pepatah dulu-dulu, orang sudah bagi betis, nak paha pula!
Miss K: Suka tengok kenakalan Ayda Jebat mengusik Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Awak Sangat Nakal yang kini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!