Penyanyi Tak Ada Adab, Buka Seluar Waktu Buat Persembahan, Penganjur Didenda
Maliah Surip
30/07/2023 00:50 MYT
30/07/2023 00:50 MYT
Sebuah festival muzik rock yang berlangsung di China menjadi kecoh selepas seorang penyanyi membuka seluar sewaktu membuat persembahan di Shijiazhuang.
Menerusi video yang beredar dalam kalangan pengguna media sosial di China, vokalis kumpulan Violent Champagne telah membuka seluar sewaktu membuat persembahan di Festival Rock Home Town pada hujung minggu lalu.
Penyanyi yang dikenali sebagai Ding bagaimanapun telah ditahan dan didenda pihak berkuasa kerana berkelakuan tidak senonoh dan biadab di tempat awam, lapor CNN.
Disifatkan sebagai tidak bermoral, pihak penganjur turut terkena impak apabila didenda sebanyak RM16, 350 dan tidak dibenarkan menganjurkan konsert.
Festival tersebut dipercayai akan dianjurkan selama tiga bulan.
Terdahulu kumpulan The 1975 telah menimbulkan kontroversi apabila bersikap biadab dengan berciuman sesama jenis di atas pentas selain mengkritik kerajaan Malaysia kerana undang-undang berkaitan LGBT.