Penyanyi Terkenal Dari 6 Negara Asia Bersatu Hasilkan Lagu Atasi Pandemik
Kamaruddin Razal
03/08/2020 11:24 MYT
03/08/2020 11:24 MYT
Buat pertama kalinya, barisan artis terkenal dari enam buah negara berbeza ini berkumpul untuk menjayakan kolaborasi untuk mengatasi wabak COVID-19 yang berjudul ‘ME ME WE’.
Lagu ‘ME ME WE’ ini menyampaikan mesej positif dan penuh harapan kepada mereka yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Dengan suara dari enam dunia yang berbeza, lagu ini dipercayai mampu untuk menyatukan khalayak ataupun penonton global.
Barisan artis yang terlibat adalah Ailee dan Ravi bersama dengan kumpulan K-Pop yang sedang mencipta nama iaitu NewKidd yang mewakili Korea Selatan manakala artis yang lain adalah Aizat Amdan (penyanyi popular dari Malaysia), Rahmania Astrini (penyanyi R&B wanita dari Indonesia), Chillies (band popular dari Vietnam), PAAM (penyanyi wanita dari Thailand) dan Quest (penyanyi popular dari Filipina).
Single ini diterbitkan oleh MZMC yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan EXO, Red Velvet dan juga Shinee.
MZMC dikenali dengan penghasilan lagu hits K-Pop beliau termasuklah lagu yang bertajuk ‘Ko Ko Bop’, ‘Tempo’ dan ‘Love Shot’ nyanyian EXO.
Oleh kerana perintah sekatan perjalanan ke luar negara berlaku di enam negara ini, setiap artis telah merakamkan bahagian masing-masing di studio mereka sendiri dan kemudian disatukan menjadi karya ‘ME ME WE’.
Video muzik rasmi ‘ME ME WE’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Korea bermula pada 30 Julai 2020.