Hiburan

Penyanyi Wanita Popular Tipu Duit RM5 Juta, Beri Rakan Berlian Palsu

gempak
Maliah Surip
16/11/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Wanita Popular Tipu Duit RM5 Juta, Beri Rakan Berlian Palsu
Penyanyi Reza Artamevia berdepan masalah apabila dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana didakwa menipu, menggelapkan duit dengan anggaran kerugian sekitar RM5 juta.

BERITA BERKAITAN:Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

BERITA BERKAITAN:“Dia Kata Nak Jadi Artis Baik Tak Payah Belajar” - Pernah Diperlekeh, Hazeman Huzir Nasihat Jangan 'Give Up' Kejar Cita-Cita

BERITA BERKAITAN:Aaron Aziz Berang, Wanita Songlap Puluhan Ribu Ringgit Dari Hasil Jualan Perniagaan Isteri - “Bini Aku Percaya Kau Tapi…”

Laporan polis tersebut dibuat oleh seorang mangsa di Polda Metro Jaya, Jakarta, Indonesia sekepas mendakwa penyanyi berusia 49 tahun itu telah menipunya.
Berdasarkan laporan, mangsa yang dikenali dengan identiti IM telah diajak melakukan urus niaga oleh Reza Artamevia dan seorang rakannya yang dikenali sebagai RD.
IM diyakinkan oleh Reza dan RD untuk melabur sebanyak RM5juta dan diberi sembilan butir berlian sebagai jaminan.
“Dia dijanjikan dengan bisnes berlian selain akan memulangkan duit mangsa bersama untung sehingga bernilai RM6.5 juta,” dedah wakil polis seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Namun sembilan bulan kemudian, mangsa telah membuat pengesahan sama ada sembilan berlian yang diberi kepadanya asli. Dia bagaimanapun hampa kerana telah diberi berlian palsu.
Sejak itu IM telah meminta penyanyi yang terkenal dengan lagu Keabadian itu penjelasan selain memulangkan wang yang telah dilaburkan. Namun permintaan tersebut tidak mendapat maklum balas daripada Reza dan temannya.
“Mangsa membuat laporan selepas tidak menerima maklum balas daripada dua rakannya itu,” katanya polis lagi.
Malah sehingga artikel ini ditulis, pihak Reza Artamevia belum memberi kenyataan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024