Laman Utama

Penyanyi Wanita Terbunuh Sewaktu Hiburkan Tentera Rusia

gempak
Maliah Surip
26/11/2023
12:40 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Wanita Terbunuh Sewaktu Hiburkan Tentera Rusia
Seorang penyanyi Rusia, Polina Menshikh dilaporkan terbunuh sewaktu menghiburkan para tentera yang mempertahankan negara di sebuah dewan di bandar Kumachove, Donetsk Oblast pada 19 November lalu.

BERITA TRENDING: Isteri Hamil Mengidam Pegang Pinggang Tentera, Suami Tunaikan Buat Netizen Geram - “Tak Semua...

Apa yang menyedihkan, Menshikh terbunuh dalam serangan pihak musuh iaitu Ukraine sewaktu dia sedang memetik gitar dan ia dapat dilihat menerusi rakaman video amatur tetamu.
Menerusi laporan BBC, bedilan pertama mengenai tempat letak kereta sebelum bedilan kedua mengenai dewan seperti yang dilihat dalam video yang tiba-tiba ‘hitam’.
Menshikh dilaporkan meninggal dunia di hospital kerana mengalami kecederaan. Dia dijemput membuat persembahan sempena memperingati Artilleryman's Day.
Dianggarkan sekitar 20 aksar Rusia ikut terbunuh dalam serangan tersebut.
Menshikh meninggal dunia pada usia 40 tahun. Dia dikatakan sedar mengenai bahaya untuk tampil menghiburkan para tentera yang sedang berjuang namun tetap melakukannya.

PILIHAN PEMBACA: Dukun Ramal Perang Rusia-Ukraine Tamat Ogos, Banyak Bencana Alam Jadi Pada 2023

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live