Gaya Hidup

Penyertaan Astro Bella Jom Kurus Musim Kedua Tiga Kali Ganda Ramai

gempak
Ahmad Shah
28/09/2016
07:41 MYT
Sponsor Banner
Penyertaan Astro Bella Jom Kurus Musim Kedua Tiga Kali Ganda Ramai
Program Astro Bella Jom Kurus (ABJK) musim kedua menerima penyertaan tiga kali ganda lebih ramai berbanding musim yang terdahulu.
Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, penyertaan untuk musim baru ini menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai.
“Kami sendiri tidak menyangka sambutan yang diberikan kepada ABJK sangat baik dan di luar jangkaan.
“Ini menunjukkan perkembangan positif apabila penonton ABJK terpanggil untuk menyertai program ini dan ingin menurunkan berat badan secara sihat bersama jurucergas profesional.
Bagaimanapun musim ini, majoriti peserta berasal dari Lembah Klang dan ia berlaku secara kebetulan tanpa sebarang unsur pilih kasih.
“Apa yang saya boleh jelaskan, peserta kali ini memang ramai berasal dari Lembah Klang dan ia hanyalah kebetulan.
“Mereka memang benar-benar layak untuk menghadapi segala ujian dan cabaran untuk menjayakan progam ini selepas ditapis oleh pihak produksi.
“Jadi sekiranya ada cakap-cakap yang kononnya ini adalah ‘permainan’ produksi, ia sama sekali tidak benar dan amat tidak wajar dijadikan sebagai isu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut yang berlangsung di District 21, IOI Mall Putrajaya, baru-baru ini.
Musim kedua ABJK menyaksikan seramai 12 orang peserta telah terpilih untuk mengharungi cabaran dan ujian yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.
Tambah Natasha, untuk musim kali ini ujian yang dihadapi oleh peserta untuk mengurangkan berat badan lebih mencabar dari segi ketahanan fizikal dan mental.
“Musim sebelum ini hanya 30 hari untuk kuruskan badan tetapi kali ini kita lebihkan sikit harinya kepada 60 hari.
“Antara cabaran yang saya boleh kongsikan ialah peserta perlu berlari sejauh 7 kilometer untuk melihat catatan masa yang terbaik.
“Selebihnya, anda kena tonton program ini kerana antara satu-satunya program yang memberikan anda info dan tip yang tepat untuk kuruskan badan secara sihat,” katanya.
Program ABJK musim kedua bakal dikendalikan pakar kecergasan dan kesihatan terkenal tanah air, Kevin Zahri sebagai pengacara dan bakal digandingkan bersama Jihan Muse.
Selain Kevin Zahri, program ini turut diserikan dengan kehadiran tiga orang jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan kecergasan iaitu Nana Al Haleq, Coach Shahril dan Coach Faiz.
Saksikan Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari setiap Jumaat mulai 7 Oktober depan, jam 9 malam menerusi saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024