Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki mengucapkan terima kasih kepada individu yang juga penyokong pasukan bola sepak Manchester City selepas menggelar beliau gemuk.

Penyokong The Citizens tersebut telah meninggalkan komen pada salah sebuah hantaran dimuat naik Afdlin di laman sosial Facebook.

Menganggap perbuatan tersebut sebagai kurang sopan, Afdlin telah menegur individu tersebut yang sesuka hati melakukan body shaming.

Selain itu, pendakwah bebas Amin Idris turut berpesan kepada individu terbabit supaya tidak berlebih-lebihan sehingga menghina fizikal orang lain.



Bagaimanapun selepas beberapa jam, posting tersebut telah dipadam Afdlin selepas penyokong Manchester City itu memohon maaf.

Afdlin berkata, dia tidak mahu memanjangkan isu dan mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit kerana cakna dan mengaku salah.

“Ok terima kasih Nor Hafiz kerana meminta maaf. Saya pun tak nak memperbesar-besarkan isu ni.

“Cukup sebagai peringatan untuk kita semua yang body shaming is not ok. Nak kutuk team bola tu biasalah, itu sebahagian daripada keseronokan menjadi penyokong.

“Tapi body shaming salah dari segi undang-undang. Tq Hafiz kerana anda sangat cakna dengan situasi ini,” katanya.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)