Gara-gara mahu bertemu dengan pelawak pujaannya, seorang peminat Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) dari Indonesia ditinggalkan berseorangan oleh rakannya.

Lelaki tersebut ditemui menangis di perkarangan Royal Teater Shah Alam selepas tamat program MLM 2017, malam Jumaat lalu.

Ketika ditanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku, lelaki tersebut memberitahu dia tidak sangka akan ditinggalkan seorang diri.

"Saya takut...kawan saya tinggalkan saya dan saya tidak biasa di sini. Saya tidak tahu apa nak buat sekarang.

"Dia (rakan) tinggalkan saya kerana tidak mahu menemani saya bertemu dengan pelawak-pelawak di MLM 2017.

Sekarang bagaimana saya mahu pulang, ke mana saya mahu pergi," katanya sambil menangis teresak-esak.

Bagaimanapun pelawak Tauke dan Vicha yang berjaya menenangkan dan memujuk lelaki tersebut.

Vicha yang juga anggota kumpulan Masin telah menawarkan diri untuk membantu lelaki malang itu.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik link ini ----> (Maharaja Lawak Mega)