Hollywood
Penyokong Tegar Isr*al, James Woods Menangis Rumah Musnah Kebakaran Di LA
Kebakaran yang masih marak di Los Angeles sekaligus menjadi sejarah terburuk di negara tersebut terus menjadi tumpuan dunia.
Menangis rumah dijilat api
Banyak kediaman mewah selebriti termasuk Paris Hilton dan Mandy Moore hangus dijilat api. Selain mereka, salah seorang selebriti yang turut kehilangan rumah dalam bencana alam tersebut adalah James Woods.Woods malah dilihat sebak dan menangis mengenang kediamannya yang musnah dijilat api dalam bencana tersebut.
Menurut Woods dia dan isteri baru menambah baik kediamannya bulan lalu selepas banyak menghabiskan masa di hotel kerana pandemik COVID 19.“Saya ingat saya akan kuat tetapi tidak,” katanya sambil mengesat air mata seperti dilaporkan USWeekly.
“Kami berenang hampir setiap hari dan esoknya ia telah musnah,” katanya lagi.
Bagaimanapun ramai dalam kalangan pengguna media sosial kurang bersimpati dengan Woods.
Hal itu lantaran Woods sangat terkenal dengan retorik dan penyokong tegar Israel. Dia juga diketahui sangat lantang bersuara dan menyebar kebencian dalam kebanyakan ucapannya yang disifatkan sebagai kebebasan bersuara.
Must-Watch Video