Laman Utama
"Penyondol Tak Akan Bahagia Atas Derita Orang"- Ini 3 Pesanan 'Deep' Prof Muhaya
Kebelakangan ini isu perempas atau 'penyondol' suami orang semakin hangat diperkatakan.
Malah ia semakin membimbangkan kerana bukan shaja berlaku pada selebriti tempatan tetapi juga pada orang biasa yang mula berkongsi di media sosial.
Justeru, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tampil memberi sedikit pesanan kepada wanita diluar sana sekiranya mempunyai niat untuk merampas kebahagiaan pasangan lain.
Bukan satu tapi Prof Muhaya memberi tiga pesanan terhadap wanita yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga wanita lain.
“Yang pertama, setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang pada awak. Maknanya, kita buat tak baik, kita akan dapat tak baik sebab kita ada (niat) tak baik.
“Bila kita suka buat benda yang tak baik, maka kita tahu benda tak baik akan datang,”ujarnya.
Prof Muhaya berkongsi pesanan itu menerusi akaun TikTok miliknya.
Tambah beliau, individu berkenaan turut akan terluka sekiranya dia berbuat demikian selain tidak akan hidup bahagia.
“Kedua, setiap kali kita memilih untuk melukakan orang lain, maka kita juga akan terluka.
“Ketiga, kita tidak akan boleh bahagia di atas kesusahan atau derita orang lain,”ujarnya lagi.
Dikesempatan itu, beliau menyeru kepada para wanita diluar sana untuk tidak ‘menyondol’ suami orang dengan menggunakan kecantikan diri atau apa-apa sahaja tindakan yang dilakukan bagi meruntuhkan masjid yang dibina oleh pasangan.
Ini kerana menurut beliau ia satu kifarah dan mereka juga akan merasa kesakitan yang dialami oleh wanita tersebut pada masa akan datang.
Must-Watch Video