Pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan hasil kerja kerasnya setiap hari hanya untuk anak lelakinya, Jebat Jayden.

Kata Sharnaaz dia ingin anaknya berasa bangga dengan pencapaian yang dilakukannya.

"Saya bekerja keras setiap hari hanya untuk 1 sebab. Untuk anak lelaki saya, @jebatjayden.

"Satu hari yang baik, awak akan mengatakan bahawa itu adalah baba saya," tulisnya sebagai kapsyen.

Sharnaaz meluahkan perasaannya di akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

I work hard everyday for 1 reason.. for you my boy @jebatjayden One fine day, ull say “Hey thats my ba”

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis dan pengikut yang rata-rata turut bersimpati dengan kemelut rumah tangga Sharnaaz bersama isteri, Noor Nabila Mohd Noor.

Malah mereka turut memberi kata-kata semangat agar Sharnaaz terus kuat hadapi dugaan itu.




Pada 31 Ogos lalu, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu.

Kemudian pada 11 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Kemelut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini.

Pada 6 November lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini perlu ke peringkat seterusnya iaitu hakam selepas gagal mencapai penyelesaian dalam jawatankuasa pendamaian (JKP) yang sebelum ini dilantik.

BACA: "Dalam Usaha Nak Selesaikan Secara Terbaik Supaya .." - Wakil Peguam Sharnaaz Ahmad

BACA: "Pendamaian Sudah Tidak Boleh Dicapai..." - Wakil Peguam Syarie Noor Nabila

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.