Peraduan Beli Lebih, NJOI Lebih memberikan peluang untuk pelanggan NJOI memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai RM21,000 seperti Smart TV 50 inci, Vakum Robotik, Penggoreng Kering (Air Fryer) dan kredit prabayar NJOI.

Diadakan sehingga 30 Ogos 2020, semakin banyak pek atau saluran yang dilanggan oleh pelanggan, semakin tinggi peluang untuk menang!

Untuk layak menyertai peraduan Beli Lebih, NJOI Lebih, pelanggan perlu membelanjakan minimum RM100 untuk pek prabayar NJOI atau langganan saluran sepanjang tempoh peraduan.

Selain itu, pelanggan NJOI dapat menikmati lebih banyak pilihan prabayar dari 2 pek baharu; TVB dan Maharaja, dan 4 saluran ala carte baharu - CGTN, CTI Asia, Astro Vellithirai dan Astro Vinmeen HD.

2 Pek Baharu

Peminat hiburan Kantonis, kini dapat menikmati berita dan siri terkini secara langsung dari Hong Kong melalui Pek TVB yang menampilkan saluran seperti TVBS Classic, TVB Entertainment News, TVBS Asia, TVB Xing He dan saluran AOD untuk hanya RM45 untuk 30 hari.

Manakala peminat Kollywood dapat menikmati lebih banyak kandungan Tamil dengan penambahan Pek Maharaja, yang menawarkan hiburan Tamil terbaik melalui SUN TV, SUN Music, Chutti TV dan Adithya untuk hanya RM40 selama 30 hari.



4 Saluran Baharu

Saluran prabayar ala carte yang baharu adalah saluran berita Mandarin; CGTN (Saluran 503) dan CTI Asia (Saluran 316) serta Tamil; Astro Vellithirai (Saluran 202) dan Astro Vinmeen HD (Saluran 231), dari harga serendah RM7 untuk 3 hari bagi setiap saluran.

Pek Maharaja, Astro Vellithirai dan Astro Vinmeen HD boleh didapati mulai 5 Ogos 2020.

Pelanggan NJOI boleh menambah, membeli saluran dan pek prabayar melalui CH200, WhatsApp di +60395438100, dalam talian di www.njoi.com.my atau dari pengedar sah NJOI. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari http://www.njoi.com.my.