Peraduan Hitz Announcer Search 2022 Tawar Hadiah Wang Tunai RM10,000!
Amri Hassan
22/06/2022 06:34 MYT
22/06/2022 06:34 MYT
Semua rakyat Malaysia yang berminat menerokai dunia penyiaran radio boleh menyertai peraduan ‘Hitz Announcer Search 2022’ dari sekarang hingga 3 Julai 2022.
Pemenang akan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan kontrak sebagai personaliti radio di Hitz FM, jenama radio Inggeris No. 1 Malaysia.
Mereka yang berminat boleh mengikuti langkah mudah ini untuk mengambil bahagian:
o Ikuti Hitz FM di TikTok (@hitzdotmy) atau Instagram (@hitz).
o Menggunakan gaya dan kreativiti sendiri, peserta perlu merakam video mereka berduet dengan skrip yang diberikan.
o Peserta perlu memuat naik video rakaman mereka di akaun TikTok atau Instagram mereka sendiri yang ditetapkan pada 'Awam', dan juga menggunakan hashtag: #HITZAnouncerSearch dan #GoBeyond pada kapsyen.
o Kemudian, peserta perlu menghantar pautan video dan butiran mereka pada borang peraduan melalui www.hitz.com.my.
o Calon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pasukan Hitz FM melalui platform media sosial.
Sepuluh (10) peserta yang disenarai pendek akan menjalani cabaran dan persediaan untuk menjadi personaliti baru di Hitz FM.
Sebahagian daripada proses penyingkiran, terdapat juga penyingkiran harian yang ditentukan oleh undian daripada pendengar dan pasukan Hitz FM.
Pusingan akhir ‘Hitz Announcer Search 2022’ yang menampilkan 5 peserta teratas akan diadakan pada pertengahan bulan Julai.
Untuk maklumat lanjut tentang ‘Hitz Announcer Search 2022’, layari www.hitz.com.my