Perak Untuk Keirin Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang Tetap 'Emas' Malaysia!
Maliah Surip
08/08/2021 03:48 MYT
08/08/2021 03:48 MYT
"Saya minta maaf, saya minta maaf," luah Datuk Azizulhasni Awang yang sempat menangis dan mengaku dirinya kecewa kerana gagal membawa pulang kilauan emas seperti yang diharapkan dalam acara Keirin yang berlangsung di Velodrum Izu, Tokyo, Jepun sebentar tadi.
Namun Azizulhasni, jangan bersedih apa lagi meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Kamu legenda dan terima kasih Datuk Azizulhasni Awang!
Membawa pulang pingat Perak dalam acara Keirin di temasya besar itu adalah 'emas' buat Malaysia yang dihadiahkan beliau kepada Malaysia.
Biar ditinggal jauh oleh pelumba Great Britain, Jason Kenny, yang meraih emas, namun kemampuan Azizulhasni berkayuh sehingga membawa dirinya sebagai naib juara perlumbaan tersebut layak dibanggakan.
Apa lagi, Azizulhasni merupakan satu satunya wakil Asia yang telah berentap tadi dan menukar kilauan gangsa yang diperoleh pada Olimpik Rio kepada perak.
Menerusi temubual yang dilakukan bersama Astro Arena usai dikalungkan pingat perak, atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu mengaku perasaannya bercampur baur.
"Perasaan saya bercampur, sedih juga sebab memang datang untuk menang emas. Saya jadi harapan terakhir untuk kontijen Malaysia.
"Tapi ini sukan, ada suka dan duka. Ada ups and down, kadang menang dan tak boleh kontrol.
"Saya nak rakyat Malaysia tahu saya telah beri yang baik," katanya sambil menangis.
Terdahulu, Azizulhasni menghabiskan saingan separuh akhir heat 2 dengan mudah apabila menamatkan perlumbaan di tempat pertama untuk melayakkannya ke pusingan akhir.
Kredit Foto: BERNAMA