,
Laman Utama

"Peramah...Banyak Buat Lawak!" - Ini 'Perangai' Shaheizy Sam Seperti Yang Didedahkan Hana Nadira!

Asraf Aided
25/01/2022
06:43 MYT
Pelakon yang sedang membina nama, Hana Nadira berkongsi pengalaman bergandingan bersama aktor popular, Shaheizy Sam dalam siri terbaru, Take CTRL.
Menurut Hana, dia berasa sangat senang bekerjasama dengan pelakon berpengalaman itu.
"Sejujurnya, sangat senang bekerjasama dengan Sam, dia pun banyak buat lawak.
"Sam juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan orang sekeliling, ia sangat memudahkan proses menjalankan penggambaran bersama," katanya.
Hana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Take CTRL di Battle Arena, Petaling Jaya pada Isnin.
Dalam pada itu, Hana juga berkata, Sam tidak lokek berkongsi tips sepanjang mereka bekerjasama.
"Dia juga kerap berkongsi tips terutamanya kalau kita tanya soalan, senang cakap dia mudah didekati," katanya lagi.
Selain Shaheizy Sam dan Hana Nadira, Take CTRL turut menampilkan bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Farid, dan Chi Ho, Jinnyboy, Jenn Chia dan ramai lagi!
Ia akan mula ditayangkan pada 29 Januari 2022, setiap Sabtu jam 9 malam di saluran TA-DAA!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Drama

Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!

gempak
02/05/2024
14:55 MYT
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb
Hiburan

Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!

gempak
18/04/2024
04:02 MYT
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Hiburan

Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”

gempak
17/04/2024
09:55 MYT
Ramai kecam watak Zarif.
Hiburan

Setiap Urusan Dipermudahkan, Shaheizy Sam Kongsi Kisah Sebak Semasa Jalani Ibadah Umrah – “Termenung 5 ke 8 Saat Depan Hajarul Aswad”

gempak
03/04/2024
01:55 MYT
Pelakon, Shaheizy Sam berkongsi pengalaman sebak ketika menjalani ibadah umrah baru-baru ini. Menerusi hantaran di TikTok, Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam menceritakan di mana setiap ibadah yang ingin dilakukannya ketika berada di Mekah dipermudahkan oleh Allah SWT sehingga membuatkan dirinya menitiskan air mata. "Terdetik dalam