,
Laman Utama

Peramal Nasib, Mbak You Mengaku Pernah Kahwin Dengan Ular Jadian

Maliah Surip
21/01/2021
02:20 MYT
Peramal nasib kontroversi Indonesia, Mbak You sekali lagi mengejutkan ranah hiburan Republik tersebut dengan pengakuan anehnya.
Muncul menjadi tetamu di saluran YouTube Denny Sumargo, Mbak You kali ini tidak memberi ramalan, namun membongkar kisah kehidupan peribadinya.
Perempuan dengan nama penuh Euis Juwariyah Johana ini mengaku pernah menikah dengan ular jadian sewaktu berusia 30 tahun. Ular jadian itu bernama Kyai Wahyo Slamet.
Dakwa Mbah You, pernikahan luar biasa mereka itu turut disaksikan oleh seorang jirannya, begitu laporan yang dipetik dari InsertLive.
"Jiran saya namanya Mbak Umi, dia tiba tiba cakap 'Mbak You, tadi malam saya lihat anda menikah dengan ular di bilik', terus saya katakan kepadanya, 'tolong jangan beritahu sesiapa'," cerita perempuan itu.
Dia mendakwa sebelum menikah dengan ular jadian tersebut, dirinya sudah lama sedar mengenai kewujudan binatang itu. Katanya, ular itu sudah menemaninya sejak kecil, malah tidur bersama.
"Waktu kecil pun, saya tahu yang dampingi saya ada ular yang ada kakinya, saya tahu. Saya tidur, kadang dia di lantai," tambahnya.
Mbah You menambah lagi: "Saya tanya tentang ular itu. Siapa ularnya?
"Itu ular jadi jadian, jadi jangan takut. Kemudian usia saya meningkat dan ular itu masih setia menemani saya.
"Jadi pada usia 30 tahun, saya menikah dengan ular itu."
Nama Mbak You memang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Indonesia. Perempuan berusia 47 tahun ini sering meramal kejadian yang didakwa bakal berlaku seperti bencana termasuk meramal kehidupan para artis.
Terkini, namanya menjadi panas selepas meramalkan Presiden Jokowi akan jatuh dari menjadi orang nombor satu Indonesia sehingga ada pihak yang ingin dia segera ditangkap polis.
Kredit Foto: Insertlive Instagram: @mbakyou17 .
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.