,
Hiburan

Perancangan Untuk Ada Konsert Pertama Masa Syasya Masih Ahli Dolla - “Perasaan Kami ‘Bittersweet’ & Sudah Tentu Masih…”

Asyikin Mayudin
04/06/2024
05:55 MYT
Bakal mengadakan sebuah konsert buat pertama kali pada 3 Ogos depan, kumpulan Dolla mengakui perasaan mereka bercampur baur apatah lagi selepas pengunduran bekas ahli mereka iaitu Syasya.

Mahu Beri Persembahan Terbaik

Bagaimanapun, Sabronzo mewakili Dolla berkata dia dan dua orang ahli lain iaitu Tabby dan Angel tetap berasa teruja mahu memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat.

“Perasaan kami ‘bittersweet’ dan sudah tentu masih teruja sebab misi kami dari empat tahun lalu adalah untuk ada konsert Dolla sendiri dan akhirnya dapat juga, Alhamdulillah.

“Kami sangat teruja nak lakukan persembahan yang terbaik untuk semua orang,” kata Sabronzo kepada Gempak.

Perancangan Konsert Sejak 2 Tahun Lalu

Tambah Tabby lagi, keinginan mereka untuk mengadakan konsert mula membara sejak dua tahun lalu di mana ketika itu Syasya juga masih ahli kumpulan Dolla.
“Perancangan untuk adakan konsert sejak dua tahun lalu, waktu itu dah rasa macam kita patut ada konsert sendiri.

BERITA TRENDING: Dolla Tak Kecil Hati Dengan Anggota Kumpulan SMDX - “Bila Orang Tak Kenal, Kami Akan Terus Keluarkan Lagu…”

“Tapi kami hanya tunggu masa yang tepat untuk kami ada persembahan yang terbaik dan baru-baru ini kami ada lancarkan album, jadi sekarang adalah masa yang sangat sesuai.
“Kita pun ada banyak lagu dah untuk berikan persembahan yang terbaik untuk peminat,” kata Tabby.

BERITA TRENDING: Sebulan Kahwin, Syasya Buat Lunch Box Buat Suami - "Main Masak-Masak"

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai kehadiran Syasya pada konsert itu nanti, Tabby berkata mereka belum mempunyai kepastian mengenai perkara itu.
“Buat masa sekarang kami tak ada perancangan lagi, tapi kita akan lihat kalau perkara itu akan terjadi. Kami pun tak pasti (Syasha nak datang konsert),” ujar Tabby.

BERITA TRENDING: Sebulan Dirikan Rumah Tangga, Syasya Rizal Muncul Dalam Sebuah Video Temu Bual Bersama Suami

Konsert Dolla Re:Birth The Experience bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di www.hitmanlive.com bermula 30 Mei 2024.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sabronzo Respons Spekulasi Hubungan Dengan Ahli Politik - “Apa Yang Boleh Saya Katakan...”

gempak
08/09/2024
04:55 MYT
Anggota kumpulan popular Dolla, Sabronzo tampil menjelaskan spekulasi mendakwa punyai hubungan dengan ahli politik.
Hiburan

"Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal

gempak
26/06/2024
03:30 MYT
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal akui sedih apabila majlis resepsi perkahwinannya yang berlangsung baru-baru ini tidak dihadiri oleh Sabronzo, Tabby & Angel.
Hiburan

Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?

gempak
26/04/2024
23:55 MYT
Selepas pendedahan mengenai Ruhainies, Sarah Yasmine sekali lagi tampil pula mendedahkan tangkap layar perbualan antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.
Hiburan

Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia

gempak
26/04/2024
06:55 MYT
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Hiburan

Syasya Umum Keluar Dolla Atas Sebab Peribadi

gempak
08/04/2024
09:11 MYT
Anggota kumpulan Dolla, Syasya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.
BorakSeeni