HIBURAN
Perang Antara Abby Abadi Bersama Aslam, Marissa Dania Buka Mulut - “Mohon Hormati Batasan”
Pempengaruh dan juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania tampil memberi respon berhubung isu peribadi keluarga mereka yang kini hangat dibincangkan di media sosial.
Menurut Marissa, dia memilih untuk menyelesaikan segala isu tersebut secara peribadi tanpa melibatkan sebarang pendedahan di media sosial.
“Assalamualaikum semuanya. Bagi menjelaskan apa yang telah diperkatakan . Saya pun sama je macam kalian semua, baru dapat tahu pasal semua kenyataan petang tadi.
“Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada balas-membalas di media sosial.
“Mohon hormati batasan kalian dalam hal ini ya. Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham,” tulisnya dalam satu perkongsian.
Terdahulu, perang media sosial antara Abby dan menantunya, Aslam tercetus apabila ada pihak meminta Abby memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa, iaitu Umisya Mazlan, namun Abby mempersoalkan perkara itu dan sebaliknya meminta Aslam memohon maaf kepadanya.
Aslam kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mendakwa sudah berbuat demikian secara peribadi, namun dinafikan oleh Abby.
Marissa telah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023, manakala Aslam dan Umisya pula berkahwin pada Julai 2020 dan dikurniakan tiga cahaya mata: Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan berusia dua bulan.
Must-Watch Video